Selamat Datang

 

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.

Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

 

 

 

News

Huraikan Tanggungjawab Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Bestari di Sekolah

16/12/2011 15:49
Huraikan Tanggungjawab Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah.pdf (153,9 kB)

Kelab robotik di semua sekolah

14/12/2011 19:16
  PULAU PINANG 28 Nov. – Kementerian Pelajaran akan memperluaskan kelab robotik di seluruh negara pada tahun depan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu dibincangkan...

Rasional Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

14/12/2011 19:11
  PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini, sistem...